Make your own free website on Tripod.com

header.jpg

Mengenai Institut Kami

KemahiranProŠ terlibat dalam bidang pendidikan sejak tahun 1998 lagi. Kami menawarkan kursus-kursus yang menyeluruh merangkumi spektrum perkembangan profesional dan peribadi yang luas. Kami menyediakan satu suasana yang unik dan terkini untuk pembelajaran yang selesa.

Laman Utama

Objektif Kami

Mendidik masyarakat tentang konsep meningkatkan kemahiran sepanjang hayat/berterusan.

Menyediakan satu suasana pembelajaran yang inovatif, unik dan terkini.

Mewujudkan persekitaran yang dapat menarik masyarakat dari pelbagai minat dan latarbelakang di dalam satu forum.

Membolehkan masyarakat mengikuti pelbagai tahap/komponen kursus perkembangan professional dan lain-lain perkhidmatan pada kos yang berpatutan.

Misi Kami

Memandangkan konsep meningkatkan kemahiran sepanjang hayat/berterusan mendapat sambutan yang hangat dan kini diterima umum, kursus-kursus yang menyeluruh dan tidak membebankan dari segi kewangan menjadi keperluan asas dalam kehidupan kita. KemahiranProŠ, sebagai institusi pendidikan yang berwawasan, ingin menyumbang kearah ini dengan menyediakan kursus-kursus pembelajaran dan perkongsian pengalaman di dalam suasana yang selesa. Masyarakat dari pelbagai latarbelakang dan umur akan dapat menikmati suasana inovatif, unik dan terkini yang membawa kepada pengalaman pembelajaran yang menyenangkan.

Pensyarah Bulan Ini

lisz.jpg

KemahiranProŠ mempunyai pensyarah dan pentadbir yang berdedikasi dan berpengalaman. Setiap pensyarah mengamalkan sikap yang professional dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang mendorong pelatih mengambil bahagian dalam aktiviti kelas.

Pensyarah yang diperkenalkan bulan ini ialah Cik Rosmaliza Che Hamzah. Rosmaliza mempunyai pengalaman bekerja selama 4 tahun. Beliau berpengalaman mengajar pelatih-pelatih berbagai peringkat umur di kolej-kolej terkemuka di Kuala Lumpur. Di KemahiranProŠ beliau kini mengajar kursus Microsoft Office.


33 - 2, Jalan 45A/26, Taman Sri Rampai, Setapak, 53300 Kuala Lumpur.
email: kemahiranpro@gmail.com. Tel: 603 - 4142 1922